Selasa, Mac 31, 2009

KDP Guru SMT

KDP Bagi Guru-Guru SMT Kumulan kedua 30 mac - 11 April 2009

Bengkel Pembinaan Course Of Study

Bengkel pembinaan COS , LG dan WIM telah diadakan dari 23-27 Mac 2009 di Avillion Legacy Melaka.

Khamis, Mac 12, 2009

Pembentangan Projek Robot

Pembentangan hasil rekacipta robot pelajar D&T.

Audit ISO

Audit ISO 9001-2000 IPGM Kampus Pendidikan Teknik diadakan pada 10 - 12 Mac 2009. Ramai Penmegang dan Penggerak PK kena audit. Ketua Jabatan Elektrik dan Tn Hj Abd Ghani Bin Ihwan telah diaudit bagi PT-09. Diadapati ada beberapa perkara perlu dikemaskini bagi meningkatkan pengurusan dan penegandalian P&P.

Selasa, Mac 03, 2009

Pensyarah Naik Pangkat

Pada 02-03-09 Satu majlis penganugerahan DG48 kepada 71 pensyarah telah diadakan. Majlis tersebut disempurnakan oleh Puan Pengarah IPGM Kampus Pendidikan Teknik Pn Hjh Zakiah Bt Idris. Kenaikan ini telah lama ditunggu oleh kebanyakan pensyarah. Ini memandangkan hampir keseluruhan IPGM telah pun menerima kenaikan pangkat ini. IPGM Kampus Pendidikan Teknik adalah kumpulan terakhir. Tarik nafas legalah semua pensyarah. TAHNIAH-TAHNIAH!! semua yang menerima termasuk saya sendidri. Semoga in akan dijadikan pendorong dan semangat untuk terus meningkatkan tugas kita dalam mendidik bakal-bakal guru.

Jumaat, Februari 20, 2009

KDP Guru SMT




Bermula 16 - 20 Februri seramai 14 orang guru SMT menjalani kurus kemahiran dalam Teknologi Elektrik. Antara salah satu aktiviti ialah pendawaian. Kelas dikendalikan oleh Tn Hj Mohamed Nazi, En Ahmad Abdullah dan pensyarah jemputan IPTHO En Hamizan Palil. Antara kerja pendawaian ialah pendawaian permukaan dan kondiut.
Diharap selepas kursus ini diharap guru-guru ini berkayikann dalam mengendalikan kelas amali kepada murid-murid di SMT.

Isnin, Februari 16, 2009

Takziah

Ucapan takziah kepada Tn Hj Mohamed Nazi atas pemergian ayah tersayang pada 16 Feb 2009. Kami warga Jab Kej elektrik Khasnya dan semua warga IPT amnya merakamkan rasa sedih dan takziah. Semoga Allahyarham dimasukkan kedalam orang yang beriman. Alfatehah

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

Seramai 35 orang guru-guru SMT menghadiri kursus dalam perkhidmatan dalam pelbagai bidang di IPGM Kampus Pendidikan Teknik selama 2 minggu bermula hari ini.

Jumaat, Februari 13, 2009

Audit Dalaman MS ISO 9001:2000

Audit dalaman MS ISO 9001:2000 Bil 1/2009 peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknikal akan dilakukan bermula 11-19 Februari 2009. Sebagai langkah persediaan Jabatn Kejuruteraan Elektrik KJ meminta semua pensyarah JKE melengkapkan folio peribadi sepenunya dan dihantar pada 14 Februari 2009 sebelum jam 12.00 tgh.

Tndakan untuk semua staff JKE

Khamis, Februari 12, 2009

Takziah

Ucapan Takziah kepada En Ramlan, Jab. HEP atas pemergian isteri tersayang oada hari ini 12 Februari 2009. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan takziah semoga arwah dimasukkan kedalam orang yang beriman. AlFatiah.

Rabu, Februari 11, 2009

Robot Bermain Golf



Sesi P&P Robotik kali ini, pelajar D&T 4 merekabentuk robot untuk bermain golf.

Isnin, Februari 09, 2009

CUTI LAGI

Hari ini isnin 9 Feb 2009 Kita cuti lagi. Banyak cuti.Buka semula selasa. Selamat bercuti.

Rabu, Februari 04, 2009

Pertandingan Tarik Tali


Satu pertandingan tarik tali telah diadakan pada 4 feb 2009 yang dianjur kelas B.Ed QUT D&T4. Pertandingan ini memang julung-julung diadakan dan kemungkinan tiada pernah berlaku dalam sejarah IPTeknik atau MPT dulu. Pertandingan tarik tali ini adalah antara Robot-robot ciptaan pelajar D&T. Banyak robot yang tumbang asalnya. Pemenang maseh belum ditentukan. Tunggu perlawanan akhir. Rekaan robot bagi pertandingan tarik tali adalah sebahagian pembelajaran Robot.Ia membantu mengintegerasikan kepada subjek-subjek seperti matematik, sains dan rekacipta. Ia juga membantu pelatih berkomunikasi, bekerjasama dan berdaya fikir. Harap dengan pelajaran robot ini dan membantu meningkatkan kemahiran dalam subjek-subjek lain akan meningkat.

Masa bertugas

Maseh dalam delima bercampur keliru. Pekeliling dah keluar. Laksana secara sebenarnya belum. Waktu bekerja 8 jam sehari atau 8 jam terkumpul. Mana satu? Laksana satu perkara. Banyak persepsi dan andaian. Kita tunggu saja!!! bila lagi

Ahad, Februari 01, 2009

Hari Wilayah

1 Februari merupakan cuti bagi Wilayah Persekutuan. SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH.
Genap 35 tahun Hari wilayah disambut. 35 tahun bersamaan anak yang telah matang. Diharap begiru jugalah keadaan WP terutama Bandaraya KL dalam menangani isu-isu masyarakat.

Ahad, Januari 25, 2009

Cuti Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2009 IPTeknik bercuti seminggu
dari 26 - 30 Jan. P&P bermula kembali pada 3 feb 2009.
Cuti Hari wilyah 2 Feb 2009.

Staff JKE mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua
Kakitangan dan pelajar beragama Budha.

SEMOGA CERIA SELALU

Latihan Kemajuan Staff JKE

Satu latihan kemajuan staff telah diadakan diperingkat Jabatan
Kejuruteraan Elektrik pada 16 Januari (jumaat) dari 09.00 - 4.30 ptg
di Bilk Janaan Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Staff JKE telah didedahkan
asaa membina blog. Kursus di kendalikan oleh Tn Hj Abd Ghani.
semua staff JKE terlibat dlam kursus ini. Urussetia kursus ini ialah
En Ahmad Abdulah.
Isi Kandungan kursus seperti berikut;
a. Mengemaskini Email Staf selaras email institut.
- Mulai dari tarikh tersebut
amin.mohdjadi@ipteknik.edu.my (Tn Hj Amin b Mod Jadi)
ahmad.abdullah@ipteknik.edu.my (En Ahmad bin Abdullah)
mohamad.nazi@ipteknik.edu.my (Tn Hj Mohamed Nazi Bin Mustafa)
nordin@jusoh@ipteknik.edu.my (Tn Hj Nordin Bin Jusoh)
nor.rashidah@ipteknik.edu.my (Pn Hjh Nor Rashidah Bte Ahmad)
abdul.ghani@ipteknik.edu.my (Tn Hj Abd. Ghani Bin Ihwan)

b. Asas pembinaan blog - Blogger.com

Semoga latihan-latihan seperti ini akan kerap diadakan dari masa ke semasa.

Rabu, Januari 14, 2009

Matapelajaran Robotik


Matapelajaran Robotic telah ditawarkan
kepada pelajar-pelajar B.Ed Design & Technology
Kolaborasi QUT Australia. Subjek ini selari
dengan keperluan KPM melaksanakan Robotik
dalam ko-kurikulum. Pelajar-pelajar didedahkan
dengan prinsip kendalian robot menggunakan
LEGO Education. P&P dilakukan secara Teori dan amali.
Beberapa aktiviti telah dilakukan dan ia memberi
peluang pelajar menunjukan bakat merekacipta menggunakan
LEGO. Aktiviti ini memupuk daya fikir, semangat kerjasama,
dan seterusnya meningkatkan kemahiran pembelajaran.
Kelas ini dikendalikan oleh Tn Hj Abd Ghani Ihwan
dan Pn Hjh Nor Rashidah Ahmad.

Lawatan Pegawai BPTV

Pegawai-pegawai BPTV dan KPP nit KDP Dr Zainab dan En Maharam dari BPG
telah membuat lawatan Ke IPTeknik pada 13 Januari 2009 bagi meninjau
persediaan Jab. Teknikal IPT untuk melaksanakan kursus kemahiran
bagi guru-guru SMT. IPTeknik mengalu-ngalukan kedatangan mereka.
Beberapa cadangan dan komen telah berikan bagi meningkatkan kemudahan
dan fasarana. Secara prinsipnya seramai 160 guru SMT akanmula dilatih
pada minggu kedua Februari.

Sabtu, Januari 10, 2009

Pelaksanaan Matapelajaran MPAV Dan Kemahiran

Pelaksanaan matapelajaran Vokasioanal dan kemahiran
di Sek. Men Vokasionalakan dijalankan semula bermula 2009.
Semua 27 SMT diarahkan untuk mengendalikan semua subjek
Vokasional dan kemahiran. Sehubungan dengan itu BPG telah
diarahkanoleh kementerian melatih guru-guru SMT dalam bidang
kemahiran. Oleh itu IPTeknik dan IPTHO telah diberi tugas
untuk melatih guru-guru ini. Satu mesyuarat pelaksanaantelah
diadakan di BPGdi pengerusi Oleh Dr Zainab, KPP Unit KDP,
yang juga dihadiri oleh Pegawai-pegawai BPTV,
Jabatan Pembangunan Kemahiran, KSM, KPP BPG, Pensyarah IPG.

160 orang latihan vokasional - Peringkat asas
80 orang - Conversion
Latihan bermula Februari

IPTeknik diwakili oleh En. Ishak Limat, Tn Hj Mohamed Nazi Mustafa dan
Tn HJ Abd. Ghani Ihwan.

Semua Jabatan Teknikal diminta bersedia.

KEMPEN



Kempen Boikot Produk Israel dan Amerika.
Marilah kita bersama-sama memboikot semua jenis produk
dari Israel dan sekutunya Amerika.
Inilah sahaja yang termampu oleh kita dalam
membantu umat Islam Plasten yang sekarang sedang berjihad
di Tebing Gaza. Dengan tindakan kita ini sekurangnya
dapat meredakan kesengsaraan mereka yang terus dimamah
oleh Israel Laknatullah yang disokong oleh Amerika.

Semoga Allah akan terus bersama-sama dengan Para pejuang ini.
Boleh layari laman pada pautan berikut.

http://portal.islamboutique.fr/gaza2008/

Rabu, Januari 07, 2009

Takziah

Ucapan Takziah kepada KJ Jab. Kej. Elektrik
Atas pemergian ibu mertua tersayang pada 5 January 2009.
Kami Semua Staf IPTeknik Khususnya Staff Jab. Kej. Elektrik
Berdoa semoga Almarhumah dicucuri rahmat dan dimasukan
bersama-sama orang yang beriman.

Alfatiah.

Sabtu, Januari 03, 2009

Semester 1/09

Selamat kembali semester 1/09 - 5 Januari 2009

Jumaat, Januari 02, 2009

Mesyuarat Staff 01/09

Mesyuarat Staff IPGM Kampus IPTeknik Telah diadakan pada 02.01.09
Di Dewan Kuliah.Di pengerusikan oleh Puan Timbalan IPTeknik
Cik Hjh Rosnah Mohd Nor. Agenda Seperti lampiran.

SELAMAT TAHUN BARU