Jumaat, Februari 20, 2009

KDP Guru SMT




Bermula 16 - 20 Februri seramai 14 orang guru SMT menjalani kurus kemahiran dalam Teknologi Elektrik. Antara salah satu aktiviti ialah pendawaian. Kelas dikendalikan oleh Tn Hj Mohamed Nazi, En Ahmad Abdullah dan pensyarah jemputan IPTHO En Hamizan Palil. Antara kerja pendawaian ialah pendawaian permukaan dan kondiut.
Diharap selepas kursus ini diharap guru-guru ini berkayikann dalam mengendalikan kelas amali kepada murid-murid di SMT.

Isnin, Februari 16, 2009

Takziah

Ucapan takziah kepada Tn Hj Mohamed Nazi atas pemergian ayah tersayang pada 16 Feb 2009. Kami warga Jab Kej elektrik Khasnya dan semua warga IPT amnya merakamkan rasa sedih dan takziah. Semoga Allahyarham dimasukkan kedalam orang yang beriman. Alfatehah

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

Seramai 35 orang guru-guru SMT menghadiri kursus dalam perkhidmatan dalam pelbagai bidang di IPGM Kampus Pendidikan Teknik selama 2 minggu bermula hari ini.

Jumaat, Februari 13, 2009

Audit Dalaman MS ISO 9001:2000

Audit dalaman MS ISO 9001:2000 Bil 1/2009 peringkat IPGM Kampus Pendidikan Teknikal akan dilakukan bermula 11-19 Februari 2009. Sebagai langkah persediaan Jabatn Kejuruteraan Elektrik KJ meminta semua pensyarah JKE melengkapkan folio peribadi sepenunya dan dihantar pada 14 Februari 2009 sebelum jam 12.00 tgh.

Tndakan untuk semua staff JKE

Khamis, Februari 12, 2009

Takziah

Ucapan Takziah kepada En Ramlan, Jab. HEP atas pemergian isteri tersayang oada hari ini 12 Februari 2009. Saya mewakili rakan-rakan mengucapkan takziah semoga arwah dimasukkan kedalam orang yang beriman. AlFatiah.

Rabu, Februari 11, 2009

Robot Bermain Golf



Sesi P&P Robotik kali ini, pelajar D&T 4 merekabentuk robot untuk bermain golf.

Isnin, Februari 09, 2009

CUTI LAGI

Hari ini isnin 9 Feb 2009 Kita cuti lagi. Banyak cuti.Buka semula selasa. Selamat bercuti.

Rabu, Februari 04, 2009

Pertandingan Tarik Tali


Satu pertandingan tarik tali telah diadakan pada 4 feb 2009 yang dianjur kelas B.Ed QUT D&T4. Pertandingan ini memang julung-julung diadakan dan kemungkinan tiada pernah berlaku dalam sejarah IPTeknik atau MPT dulu. Pertandingan tarik tali ini adalah antara Robot-robot ciptaan pelajar D&T. Banyak robot yang tumbang asalnya. Pemenang maseh belum ditentukan. Tunggu perlawanan akhir. Rekaan robot bagi pertandingan tarik tali adalah sebahagian pembelajaran Robot.Ia membantu mengintegerasikan kepada subjek-subjek seperti matematik, sains dan rekacipta. Ia juga membantu pelatih berkomunikasi, bekerjasama dan berdaya fikir. Harap dengan pelajaran robot ini dan membantu meningkatkan kemahiran dalam subjek-subjek lain akan meningkat.

Masa bertugas

Maseh dalam delima bercampur keliru. Pekeliling dah keluar. Laksana secara sebenarnya belum. Waktu bekerja 8 jam sehari atau 8 jam terkumpul. Mana satu? Laksana satu perkara. Banyak persepsi dan andaian. Kita tunggu saja!!! bila lagi

Ahad, Februari 01, 2009

Hari Wilayah

1 Februari merupakan cuti bagi Wilayah Persekutuan. SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH.
Genap 35 tahun Hari wilayah disambut. 35 tahun bersamaan anak yang telah matang. Diharap begiru jugalah keadaan WP terutama Bandaraya KL dalam menangani isu-isu masyarakat.